Dahulunya dikenali sebagai SMK Agama Tawau, SMKATS telah ditubuhkan pada tahun 1983 di bawah kawasan serta pentadbiran SMK Bugaya, Semporna, Sabah sehingga tahun 1990. Dalam 1997, sekolah ini telah dipindahkan ke bangunan baru di Jalan Tampi-Tampi yang mempunyai keluasan 30 ekar.
SMK Agama Tawau sering mendatangkan kekeliruan kepada ibubapa yang tinggal di luar kawasan daerah Semporna. Melalui PIBG, masalah ini diajukan dalam mesyuarat yang diadakan. Sempena perpindahan sekolah ini ke kawasan baru sendiri, PIBG dan pihak sekolah telah bekerjasama membuat keputusan untuk menukarkan nama ini kepada nama baru yang sesuai bagi mengelakkan kekeliruan ibubapa. Maka nama SMKA Tun Sakaran telah dipilih sempena nama Tuan Yang Terutama Negeri Sabah pada ketika itu, Datuk Seri Panglima Tun Haji Sakaran bin Dandai yang sinonim terhadap pembangunan dan perkembangan syiar Islamterutamanya di dalam daerah Semporna. Dengan ini, rasmilah nama sekolah ini pada 22 April 2000.
VISI SEKOLAH
" SMKA TUN SAKARAN MENJADI SEKOLAH CONTOH DI PERINGKAT NEGERI SABAH MENJELANG TAHUN 2007 BERTERASKAN 10 KECEMERLANGAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA."
MISI SEKOLAH
1. Merealisasikan pentadbiran dan pengurusan yang telus dan berkualiti.
2. Melahirkan pelajar yang cemerlang akademik.
a) 100 % lulus PMR dengan 50% mendapat 8A.
b) 100 % lulus SPM dengan 50% mendapat 8A.
c) 100 % lulus STPM dengan 50% mendapat 4P.
3. Meningkatkan prestasi pencapaian kokurikulum pada semua peringkat.
4. Meningkatkan kualiti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada warga SMKATS.
5. Membentuk sahsiah warga SMKATS yang boleh diteladani berdasarkan nilai-nilai Islam.
6. Meningkatkan budaya pengiktirafan di kalangan warga SMKATS dan pihal yang lain.
7. Meningkatkan tahap keprihatinan terhadap kebajikan di kalangan warga SMKATS.
8. Mewujudkan iklim sekolah madani dan kondusif dari segi keceriaan, kebersihan, dan keselamatan.
9. Membudayakan suasana 'Asramaku Syurgaku' di kalangan warga asrama SMKATS.
10. Meningkatkan budaya kerja berteraskan perhubungan dan dokumentasi.
Anda ada sebarang komen? E mel kepada kami...Bagaimana?